Mengira penyelesaian awal sewa beli kereta baru dan terpakai

Bagaimana untuk menghitung jumlah penyelesaian jika anda ingin menjelaskan semua pinjaman kereta anda sekarang.

PENYELESAIAN AWAL Anda boleh memilih untuk menyelesaikan lebih awal baki hutang di bawah perjanjian Sewa Beli.

Sekiranya anda berbuat demikian, anda berhak untuk mendapat rebat ke atas faedah.

Mengikut contoh tadi, tempoh Sewa Beli anda ialah 5 tahun (60 bulan). Setelah membayar ansuran selama 4 tahun (48 bulan), anda ingin menyelesaikan pembiayaan tersebut. Anda berhak mendapat rebat ke atas faedah bagi baki tempoh pembayaran balik yang tinggal sebanyak 12 bulan (iaitu, 60 bulan – 48 bulan = 12 bulan).

Pengiraan rebat ke atas faedah mengikut contoh tadi adalah seperti berikut:

Jumlah faedah ke atas jumlah pembiayaan ialah RM25,000.

Pengiraan rebat ke atas faedah :

Rebat keatas faedah = RM25,000.00x(1+2+3+….n)/(1+2+3+…k)

dimana :

n = tempoh ansuran yang tinggal (jumlah bulan) iaitu 12 bulan

k = tempoh ansuran asal (jumlah bulan) iaitu 60 bulan

Rebat ke atas faedah :

RM25,000.00x(1+2+3+..+12)/(1+2+3+..+60) = RM25,000.00×78 /1,830.00 = RM1,066.00

atau gunalah Kalkulator

Terima Kasih

Info dari:  http://www.kereta-terpakai.my/site/dapatkan-kiraan-penyelesaian-awal-sewa-beli-kereta-baru-dan-terpakai/

Share

About Jejaka Perasan Hot

Dimana ada kemahuan Disitu ada jalan